Sunday 18 March 2018

2017 SPM RESULT !!!

Assalamualaikum😄

   Memandangkan aku baru ja dapat result SPM pada 15 Mac 2018 lepas , aku nak share la sikit momen-momen aku dan kawan-kawan before and after ambik result ehehh💦💦💦

   Okayla, sebelum ambik result, I mean malam sebelum 15hb, memang kami semua pakat gelabah teruk ah. Ada yang sampai pening nak muntah bagai ( including me huhu ) Group What's App batch, assak gegirl, IPTA, semua penuh dengan conversations kami. Ada yang mintak maaf halal segalanya la...Macam-macam la ada, mainstream ja semua. Dan tak dilupakan, boleh kata most of my friends takleh tidur malam tu. Aku boleh tidur tapi tulaa, asyik terjaga then tidur balik jaga balik. Lagi lah penat macam tu. Aiyookkk semua ketaq and cuak lah. Bukan apa, result SPM ni bagi kami semua untuk mak ayah. Kalau teruk mesti mak ayah sedih. Kalau tak mampu menggembirakan dengan cara lain, result ni la sedikit sebanyak boleh membuatkan mak ayah kita senyum.

   Keesokannya, tibalah hari yang dinanti-nantikan sejak tamatnya last SPM paper kami ; Chemistry.
RESULT woihhh...Sampai ja kat sekolah, aku dah nampak ramai kawan aku yang dah sampai. Mostly budak-budak Perak, Penang, Shah Alam, Kulim. Dah tu, tunggu apa lagi, terus pi kat depa la, bertukar khabar dan berpelukan. Sembang punya sembang, memang riuh gila kami time tu. Serious tak rasa macam nak ambik result. Bukan apa, just nak hilangkan gugup tu ja.

    9:45 a.m. Kami semua masuk ke dalam DB ( Dewan Besar a.k.a. Dewan Abdul Syukor ), and duduk kat tempat masing-masing ikut kelas. As usual, aku and the gang memang duduk paling depan lah. Sapa lagi nak duduk situ kalau bukan kami yang penuhkan. Oh lupa nak bagitau, majlis ni bukan semata-mata nak announce dan ambik result ja tau. Majlis ni sekali dengan majlis graduasi kami yang ditangguh tahun lepas. Kami semua ingat kami takkan ada dah graduasi macam budak-budak SBP lain...Sob sob sedih kot and jealous gila tengok depa semua pakai jubah grad tu tapi kami tak sempat merasa. Tiap-tiap tahun jadi sukarelawan masa graduasi senior, teringin jugak nak naik pentas macam senior masa graduasi. Alhamdulillah, sempat jugak kami merasa naik pentas satu batch. 

   Then, masa yang dinantikan tiba. Ada antara kami yang dah semak dah pun result through SMS and online tapi aku tetap dengan pendirian aku; tak mau check. Then ramai yang sebarkan yang hanya 4 orang ja dapat straight As. Aku dah dapat agak sapa 4 orang tu, Muadz, Izzani mesti straight punya. Pengerusi majlis pun announce nama-nama pelajar yang dapat straight As. As I expected, Muadz and Izzani got straight As and the other two lucky students was Zamidi and Afiq. Congrats my friends! Aku terus bukak portal untuk check result online dan aku memang dah jangka itu yang akan aku dapat sebab aku tau kemampuan aku setakat mana.

 Diikuti dengan pelajar yang mendapat single B and 2B.
" Dijemput anakanda Noor Syahirah Binti Shuhaimi untuk naik ke pentas bersama waris. Noor Syahirah telah mendapat 6a+ 2A 1A- dan 1B+  "
   Seriously aku memang dapat agak apa yang aku dapat B+ tu. Macam biasa la. Addmath lah! Selalu sangkut subjek tu ja. Tapi aku bersyukur, Alhamdulillah. Dah naik pentas semua kami pun bergambar ramai-ramai atas pentas. Haah lupa pulak nak bagitau. GPS sekolah meningkat tahun ni berbanding tahun lepas and ada jugak subjek yang meningkat dan menurun. Apa pun Alhamdulillah. Lepas ambik result, ada jamuan makan dekat DM ( Dewan Makan ) tapi aku, Pia and War tak pergi makan pun sebab kami nak jumpak cikgu-cikgu. Selesai bersalaman dan berterima kasih di samping mendengar nasihat dan bergambar bersama guru, aku pun bagi kek coklat homemade tau kat cikgu-cikgu ehehe...Bukan apa, sikit tanda ingat, banyak tanda ada, ye tak?

   Then, sebab dahaga sangat, aku pun ke DM nak minum air ja pun. Lepas tu, aku cari Pia tapi tak jumpak. Rupanya dia ada dalam DB dok bersembang. Aku cakap kat dia yang aku dah nak balik. Then dia suruh tunggu sebab nak bagi hadiah. Dia ni memang gegeh sikit. Aku main-main je pon pasal hadiah tu, tak sangka dia serious. Adoiii Pia Pia. Dia bagi bantal froggy kat aku. Comel sangat. Aku bagi kek ja kat dia. Huhuhu. Habis dah semua, pulanglah kami semua ke kampung halaman masing-masing.













   Ingat satu nasihat ni,

                   " SPM bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan SPM "

p/s : Sedih bila abah cakap camni, "Abah dulu tak pernah pun dapat A banyak-banyak macam adik  😭😭😭

2 comments:

  1. btw congratulation... sebab lupa nk wish kt ag,, mmg you deserve it :) go and rock your world girl !

    ReplyDelete
  2. thanks babe...alhamdulillah. this is just the beginning to another phase...i'll always pray for our success in this world and in the hereafter, in sya Allah :)

    ReplyDelete