Saturday 17 March 2018

COMPUTER TEST

Assalamualaikum😄

   Hmm harini aku nak kongsi sikit la kan pasal pengalaman aku masa ambik computer test untuk dapatkan lesen L. Disebabkan aku daftar memandu dekat Jimat Canggih and aku stay dekat Kulim, computer test kami akan dijalankan di mySPEED, Kelang Lama. Dekat ja tak sampai lima minit pun dari rumah aku.

   Sampai ja kat sana, aku pun masuk la situ dan terkejut sebab takda sapa pun. Nak kata aku terlewat, memang tak la. Okay la, aku pun masuk and bagi salam. Salamku dijawab. Fuh selamat. Ada orang rupanya. Tulaa, masuk tak bagi salam lagi hahhaha. Lepas dah cap jari, IC aku pun dah okay semua, aku call Jimat Canggih sebab kena book dulu baru boleh start jawab test tu. Then tangkap gambar semua.

   Selesai semua, aku pun masuk la dalam bilik komputer semua tu and aku dapat PC 8. Sebelah aku tu ada la sorang perempuan ni sebaya aku jugak kot, set2 lepasan SPM jugak hheheh..Dengan lafaz Basmallah, aku pun start jawab. Test tu dimulakan dengan UJIAN RABUN WARNA. Untuk aku yang takda masalah rabun warna ni memang senang kacang goreng lah ujian tu and I got 8/8.

   Seterusnya, UJIAN PENGLIHATAN. Senang cerita, ujian ni macam dia bagi angka dan abjad and dia suruh kita pilih jawapan A/B/C yang sama dengan gambar yang diberi. Contohnya, dia bagi gambar tulis camni : PEK 5583 so kita kena pilih jela jawapan yang sama dengan gambar yang diberi tu. Yang ni pun sama jugak, senang ja tapi kena teliti la. Then aku pun semak la jawapan aku untuk ujian ni. Tiba-tiba, dekat screen tu dipaparkan sebegini : ANDA GAGAL UJIAN PENGLIHATAN. Aku apa lagi, gelabah lah. Sebab aku memang yakin yang aku jawab dengan betul dan tepat dalam masa yang ditetapkan.

   Tanpa melengahkan masa, aku terus keluar dari bilik tu and bagitau pekerja kat kaunter tu.

AKU : Em kak, tadi saya buat ujian penglihatan. Lepas tu dia tulis kat situ saya gagal ujian tu.
PEKERJA 1 : Haa kalau macam tu kamu GAGAL lah! *dengan muka toya malas nak layan aku
AKU : Mana boleh gagal! Saya dah check dah tadi and dah jawab dengan betul dah pun. *yakin gila

Tiba-tiba....

PEKERJA 2 : Mana ada gagal. Okay ja semua. Betul ja semua. PC tu kot problem. Adik PC mana?
AKU : PC 8

Rupa-rupanya PC tu yang problem. Haih laa.. Hampir tercabut jantung aku sebab risau fail test nih. Aku pun sambung jela test BAHAGIAN 1,2 dan 3. Dalam diam, aku berazam nak bagi dapat full mark sebab nak buktikan dekat pekerja tu yang aku ni takla bodoh sangat sampai gagal. *mohon contohi semangat aku nih hahhahha

Lepas dah check semua soalan dan dah habis jawab, aku pun tekan la button TAMAT kat situ. Dalam masa 17 minit 2 saat, aku berjaya mendapat 50/50 yeayyy! Perfect score pulak tu hahhahhaha. Aku pun log out and keluar dari bilik tu. Malangnya, pekerja 1 yang poyo tadi tu tak jaga bahagian print slip keputusan aku. Haihhh... kalau tak aku nak tampal slip aku tu kat muka dia yang toya tu. Geram pulak aku...

So pengajarannya kat sini,
1. Sebagai pekerja, anda perlulah mesra pelanggan sebab kepuasan pelanggan akan menjamin kemajuan sesebuah perusahaan *aiseh tapi betullah
2. Malu bertanya sesat jalan
3. Kita perlu tetapkan pendirian jika kita yakin bahawa apa yang kita lakukan adalah benar
Last but not least,

Maksudnya di sini ialah, tekanan yang kita hadapi akan menjadikan kita seseorang yang berjaya di kemudian hari. Sebab apa? Sebab tekanan itulah yang menyebabkan kita tekad untuk mencapai apa yang diinginkan.


2 comments:

  1. haha kalau aq boss dh lama aq pecat kak tu... :P YOU ARE FIRED !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm tu la kan tapi masalahnya time tu boss takda...lagipun maybe dah petang and aku pi agak lambat but still as a worker kena lah layan customer en...

      Delete