Thursday 8 August 2019

KOLEJ MARA KULIM

Assalamualaikum😉

     Memandangkan tinggal tiga minggu ja lagi untuk kami, para pelajar lepasan matrikulasi dan asasi untuk enjoy cuti selama 5 bulan, aku nak bercerita la serba sedikit pengalaman sepanjang bergelar student matrik di Kolej Mara Kulim.


     Masa mula-mula dapat tawaran matrik dekat Kolej Mara Kulim atau singkatannya KMKu, orang paling happy adalah Ma. Sebab apa? Sebab Kulim is my hometown! So senang la sikit since kolej dekat ja dengan rumah. Result UPU pulak, aku ditawarkan Asasi Sains UiTM Dengkil.

     Disebabkan Syahirah teringin untuk merantau jauh dari Kedah, semestinya UiTM Dengkil menjadi idaman hati. Namun, apakan daya. Restu ayah bonda lebih penting. Maka, KMKu here I come! Kami mula mendaftar sebagai student MKPM pada tarikh 23 Mei 2018.

Port bergambar kelas. Malam-malam lagi cantik, ada lampu warna-warni

      Ohh sebelum terlupa, aku tak sendirian di KMKu sebab aku ada geng dari sekolah menengah hehehe. Ada Kakten, Wani, Peace, Yasmin, Syuk and Gat. Jadi, takdalah awkward sangat. Kami siap plan awal lagi nak duduk satu dorm. Sanggup tunggu semua sampai baru pi daftar sekali. Malangnya, Yasmin ditempatkan di Dorm Yakin dan kami di Dorm Zuhud.

Missing in action : Peace

     Pendaftaran semua berjalan lancar. Tibalah masa untuk kami menempuhi Minggu Silaturahim (MISRA). Senang cerita, MISRA ni orientasi la. Macam-macam aktiviti, taklimat, ceramah dan energizer yang kami belajar daripada abang dan kakak faci. Time ni la kena fokus lebih sebab banyak pendedahan tentang KMKu yang dapat kita pelajari.





     Selesai ja MISRA, maka tibalah masa untuk kami semua berperang dengan lecture, tutorial dan lab. Basically, subjek untuk level matrik ni sama ja dengan subjek sekolah menengah. Antaranya, Mathematics, Biology, Physics, Chemistry, English, Pendidikan Islam, Kokurikulum, Pengajian Am.

     Ramai yang cakap matrik ni tough sebab kena catch up dengan silibus yang saaangattt banyak dan perlu dihabiskan dalam masa setahun. Tapi, bagi aku, belajar memang susah. Terpulang kepada kita macam mana nak arrange masa belajar. As for me, aku lebih suka stay up sebab otak aku berfungsi dengan sangat baik pada masa tu. Selalunya, katil kosong ja sebab dah tertidur kat meja study😂

     Dalam peritnya belajar, ada juga seronoknya. Lecturers kat sini sememangnya bagus dan baik-baik belaka. Kat sini, kami panggil lecturer dengan panggilan 'Teacher/Sir' ja. Kenapa? Entahla, dah menjadi tradisi sejak dulu lagi. Lagipun, dengan panggilan 'Teacher/Sir', kami sebagai student rasa lebih dekat dengan para pensyarah.

Teacher Aina - English

Teacher Mastura - Physics 

Teacher Liya - Biology

Sir Azan - Mathematics 

Teacher Hajar - Kokurikulum 
Sir Baha - Physics

     Kami pun ada sistem Homeroom tau. Setiap homeroom ada la dalam 12-14 orang dan guru homeroom biasanya lecturer yang mengajar sesebuah kelas. Untuk kelas kami, A1, meet our sistur, Teacher Shahirah, Master of Chemistry! Setiap hari Isnin, akan ada slot homeroom selama sejam di mana akan ada topik-topik tertentu untuk dibincangkan. Selalunya, time ni la dapat merasa makanan free hehehehe.

Little Family
Kalau nak dikongsikan pengalaman sepanjang bergelar pelajar di KMKu, memang tak habis la ceritanya. Agaknya dah boleh buat buku🤭 Sampai sini dulu ceritera di KMKu. Ada masa dan kelapangan, ada juga sambungannya. Stay tune guys aahahahaha😂